Wednesday, December 28, 2011

Linguini Goreng Ala Malaysia

Assalamualaikum semua....
Dah lama tak update blog..baru-baru ni ita kehilangan seseorang yang amat dikasihi.. Al Fatihah buat atuk kesayangan ita, yang pernah menjaga ita sewaktu kecil dahulu.. Bukan mudah untuk melepaskan beliau pergi, tapi apalah yang mampu kita lakukan sebagai hamba selain berdoa agar beliau ditempatkan dikalangan hamba2 Nya yang soleh..

Oklah, sebenarnya ita nak share resepi kat bawah ni. Ita selalu buat dan dah menjadi favourite ita dan suami semenjak start tukar kepada linguini.. sebelum ni ita selalu beli spaghetti dan macaroni.. Dulu beli macaroni sebab bentuk dia cantik dan menarik perhatian anak2.. Masa tu anak2 susah nak makan nasi lagi..jadi kalau ada benda 'unik' sikit, diorang excited sikit nak makan.. Tak percaya??? Cuba dulu baru tau..hehehe.. Kepada sesiapa yang nak mencuba / bertukar selera cubalah resepi ni..Manalah tau boleh jadi favourite korang pula lepas ni..


LINGUINI GORENG ALA MALAYSIA


Linguini Goreng Ala Malaysia

Bahan-bahan :

















A- Dikisar
1 biji Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
1 hiris Lengkuas
1/4 cawan Ikan Bilis
10 biji lada kering (dibuang biji dan direbus dulu)

B-Direbus
Setengah bungkus Linguini

C- Perasa
6 sudu besar Sos Tomato
2 sudu besar Kicap Manis

Taugeh
Sawi
Garam secukupnya

- Rebus Linguini mengikut arahan yang tertera di belakang bungkusan.. Ita dan suami suka lembut sikit, jadi ita biarkan linguini tu berendam lepas dah siap rebus..Tunggu sehingga air menggelegak baru masukkan linguini, jadi senang nak set timer..Guna banyak sikit air untuk merebus linguini supaya ia masak dengan sekata..Kacau setiap 3 minit.
- Sambil merebus linguini, siapkan bahan2 untuk dikisar. Sekiranya anda dah siapkan bahan2 tu dulu, tumis guna api sederhana sehingga masak.
- Kemudian masukkan bahan C dan garam secukup rasa. Masukkan tauhu dan sawi.
- Masukkan Linguini yang dah direbus tadi dan taugeh. Kacau rata. dan rasa..(Kadang2 jadi tawar sikit jadi tambah garam sekiranya perlu). Ubah mengikut selera korang.. Ita pun kadang2 adjust ikut selera setiap kali memasak.

** Tambah udang/daging/ayam mengikut selera anda..Ita suka guna ikan bilis je..senang, tak banyak kerja..hehehe.
** Nak tambah telur macam mee goreng mamak pun boleh, lagi sedap..

No comments:

Post a Comment