Wednesday, December 28, 2011

Kek Coklat Kukus

 

Baru2 ni hubby ita belikan pengukus stainless steel..CANTIKKKKK sangat.. Ita ada cakap nak beli pengukus sebelum ni, tapi tak larat nak survey banyak tempat (nak cari tempat yang ada offer..hehehe).. tiba2 satu hari tup2 je hubby ita bawa balik.. Ita rasa ita punya senyum sampai ke telinga masa tu.. Asalnya nak buat kuih lapis untuk anak ita yang sulung ni..suka benar dia dengan kuih lapis, tu yang pujuk hubby nak beli pengukus..akhirnya dapat juga..Alhamdulillah..

Sebelum ni ita ada juga try kek coklat kukus. Ita amik resepi kat dalam myresepi. Dah try buat 3 resepi tapi tak berapa sedap..Last2 ita try and error dan dapat hasilnya yang sangat2 sedap.. Cubalah..kalau dah try buat sila bagi komen..ita nak tau juga apa pendapat orang lain..Jom cuba resepi ita.

KEK COKLAT KUKUS

Kek Coklat Kukus

A- Diayak
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Serbuk Koko
1 sk Baking Powder
2 sk Bicarbonate of Soda

B-
3 biji Telur Gred A
2 cawan Gula Pasir Kasar (dikisar halus guna blender kering)

1 cawan Susu Cair
1 cawan Minyak
1 tsp Coklat Emulco
1 cawan Air Panas (menggelegak)

- Sediakan pengukus. Tunggu sehingga menggelegak baru masukkan adunan kek kukus ke dalam pengukus.
- Gris loyang anda dengan marjerin, alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.
- Sementara menunggu air di dalam pengukus menggelegak, sediakan adunan. Tapis semua bahan2 A. Ketepikan.
- Di dalam nmangkuk lain, masukkan 3 biji telur tadi, pukul sedikit dengan sudu/garfu.. cukup sehingga sebati antara putih dan kuning telur. Masukkan gula yang dah dikisar halus tadi dan juga coklat emulco. Gaul sebati dengan sudu/garfu (tak perlu pukul sehingga kembang).
- Masukkan susu cair dan minyak. Kacau sebati (Gunakan hand mixer lebih mudah).
- Masukkan air panas dan kacau dengan hand mixer sehingga sebati. 
- Masukkan adunan dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil.
- Kukus selama 1 jam menggunakan api sederhana, kuatkan sikit lagi (maksudnya kalau api tungku anda kuat, guna sederhana je.. kalau tungku api kecil, guna api maksimum).

** PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN LOYANG YANG AGAK TINGGI. NAK GUNA LOYANG MACAM YANG ITA GUNA PUN BOLEH, YANG PENTING TINGGI.

No comments:

Post a Comment