Masalah Kehamilan


 Hamil merupakan perkara yang paling indah yang akan dilalui oleh setiap wanita yang telah mendirikan rumahtangga dan pastinya mereka akan melalui pelbagai situasi selama tempoh kehamilan yang boleh menjejaskan kehidupan seharian. Ini kerana apabila seseorang wanita mengandung, hormon di dalam badan akan berubah sekaligus mengubah gangguan kesihatan dan emosi wanita tersebut. Di sini ita ingin berkongsi pengalaman dan cara yang ita gunakan untuk mengatasi masalah yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.

Berikut merupakan antara masalah umum yang selalu dialami oleh wanita yang mengandung :
  • Mual dan Muntah
  • Sembelit
  • Odema (Bengkak)
  • Sakit Pinggul

1. Mual dan Muntah
 Juga dikenali sebagai Morning Sickness. Biasanya terjadi pada peringkat awal kehamilan iaitu pada 3 hingga 4 bulan yang pertama, tetapi ia juga boleh berlaku sehingga akhir kehamilan. Tidak semua wanita yang mengandung akan mengalami masalah ini. Biasanya mual dan muntah ini akan berlaku sekiranya terhidu apa sahaja benda yang meloyakan seperti bau sampah. Apa yang peliknya semasa tempoh ini, bau nasi dan masakan yang kita gemar sebelum itu juga menjadikan kita mual!. Kebanyakan berat badan wanita yang mengalami simptom ini akan mula susut kerana hilang selera makan.

 Untuk mencegah rasa mual ini, pastikan ada 'minyak wangi', air freshener atau apa sahaja yang berbau wangi di kawasan anda berada, tidak kira samaada di rumah atau di tempat kerja. Ada juga sesetengah wanita yang sentiasa memegang sabun mandi untuk dihidu dengan harapan tidak terbau apa-apa yang meloyakan.

2. Sembelit
 Ia berlaku tanpa kita sedari. Ini kerana apa yang kita makan akan dibahagikan kepada bayi yang berada di dalam rahim. Oleh itu, segala zat yang diambil tidak mencukupi untuk diri kita. 

 Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang tanpa meninggalkan keperluan badan terhadap makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita juga digalakkan untuk meminum air dan jus buah-buahan supaya cecair yang masuk membantu melembutkan bahan sisa yang bergerak sepanjang saluran pencernaan.  

3. Bengkak (Odema)
 Bengkak biasanya akan berlaku pada bahagian jari, tangan, kaki dan muka. Biasanya dikaitkan dengan mempunyai lebihan cecair yang terkumpul di dalam badan. Bahagian badan yang bengkak biasanya akan terasa kebas. Lakukan pemeriksaan berterusan untuk mengetahui punca utama bengkak ini terjadi.

 Salah satu langkah yang boleh kita ambil ialah sentiasa mengubah posisi kedudukan agar aliran darah berjalan dengan lancar sekaligus mengelakkan rasa kebas berlaku.

4. Sakit Pinggul
 Apabila kandungan mula membesar, berat bayi juga akan bertambah dan ini akan menambah beban perut dan kita juga akan hilang keseimbangan badan. Badan wanita yang mengandung akan melengkung disebabkan berat janin yang menekan otot perut dan pinggul.

 Kita disarankan untuk duduk pada posisi yang betul. Tidurlah di atas tilam yang keras dalam keadaan mengiring kiri. Selain itu, elakkan berdiri terlalu lama dan elakkan mengangkat barang-barang yang berat. 

No comments:

Post a Comment