Friday, December 30, 2011

Kesedaran Pengguna Jalanraya

Ita pernah pergi ke Frankfurt, Germany pada tahun 2007 (itupun ikut suami bekerja kat sana) dan selalu pergi ke satu tempat yang dinamakan Romerberg..Bukannya buat apa pun, cuma situ tempat paling mudah dan antara tempat bersejarah di Frankfurt yang dekat dengan rumah kitorang masa tu.. Sebenarnya, di Romerberg ni ada bangunan tinggalan perang ke-2 dulu..Ada juga orang menjual roti, pretzel kat tengah2 jalan tapi takkan nak beli, kan..(rasanya kena tunggu diorang apply SIJIL HALAL dulu kot)..


Oklah..kita kembali kepada tajuk perbincangan..Nak dijadikan cerita, sebelum sampai ke tempat tu, ita n hubby pasti akan 'menyeberang' beberapa jalan.. Setiap kali nak seberang jalan, ita mesti berhenti dulu, yela kalau kat Malaysia, seingat ita walaupun ada zebra crossing, tapi kita mesti kena 'bagi' kenderaan lain jalan dulu, dah habis baru kita boleh melintasi zebra crossing tu.. Apa yang membuat ita kagum masa di Frankfurt tu, walaupun berduyun kereta datang, setiap kali ada orang nak lintas jalan, automatik diorang akan berhenti..tak perlu nak angkat2 tangan..tak kira masa kitorang nak melintas jalan kecil atau besar..


Masa itu ita ada juga terfikir, tak dapat dinafikan orang Malaysia yang terkenal dengan sifat sopan santun dan berbudi bahasa..Tapi kenapa bila berada di jalanraya seolah2 sifat2 tu tadi seperti tak wujud dan berubah sama sekali? Nak kata kereta besar sangat taklah juga..tapi adakah kerana kita terlalu nak cepat mengejar masa sampai tak pedulikan apa yang akan berlaku sekiranya kereta kita di luar kawalan? Ambillah masa untuk tarbiah diri sendiri sebelum memulakan perjalanan agar kita dijauhkan daripada perkara2 yang tak diingini..



Thursday, December 29, 2011

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum..
Hari ni ita nak share yang ita ada ambil kelas buat tart di The Bake House..amik personal class..sebenarnya mudah je resepi dia, tak macam resepi2 lain yang kita tengok kat majalah2..dah lama dah masuk kelas ni..ingat nak continue kelas lain, tapi belum berkesempatan.. maaflah kalau gambar ni tak berapa memuaskan sebab guna handphone je. Deco pun tak berapa memuaskan (nervous punya pasallah ni..) tapi bila buat lagi kat rumah ita buat cantik je..alhamdulillah..


Wednesday, December 28, 2011

Kek Coklat Kukus

 

Baru2 ni hubby ita belikan pengukus stainless steel..CANTIKKKKK sangat.. Ita ada cakap nak beli pengukus sebelum ni, tapi tak larat nak survey banyak tempat (nak cari tempat yang ada offer..hehehe).. tiba2 satu hari tup2 je hubby ita bawa balik.. Ita rasa ita punya senyum sampai ke telinga masa tu.. Asalnya nak buat kuih lapis untuk anak ita yang sulung ni..suka benar dia dengan kuih lapis, tu yang pujuk hubby nak beli pengukus..akhirnya dapat juga..Alhamdulillah..

Sebelum ni ita ada juga try kek coklat kukus. Ita amik resepi kat dalam myresepi. Dah try buat 3 resepi tapi tak berapa sedap..Last2 ita try and error dan dapat hasilnya yang sangat2 sedap.. Cubalah..kalau dah try buat sila bagi komen..ita nak tau juga apa pendapat orang lain..Jom cuba resepi ita.

KEK COKLAT KUKUS

Kek Coklat Kukus

A- Diayak
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Serbuk Koko
1 sk Baking Powder
2 sk Bicarbonate of Soda

B-
3 biji Telur Gred A
2 cawan Gula Pasir Kasar (dikisar halus guna blender kering)

1 cawan Susu Cair
1 cawan Minyak
1 tsp Coklat Emulco
1 cawan Air Panas (menggelegak)

- Sediakan pengukus. Tunggu sehingga menggelegak baru masukkan adunan kek kukus ke dalam pengukus.
- Gris loyang anda dengan marjerin, alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.
- Sementara menunggu air di dalam pengukus menggelegak, sediakan adunan. Tapis semua bahan2 A. Ketepikan.
- Di dalam nmangkuk lain, masukkan 3 biji telur tadi, pukul sedikit dengan sudu/garfu.. cukup sehingga sebati antara putih dan kuning telur. Masukkan gula yang dah dikisar halus tadi dan juga coklat emulco. Gaul sebati dengan sudu/garfu (tak perlu pukul sehingga kembang).
- Masukkan susu cair dan minyak. Kacau sebati (Gunakan hand mixer lebih mudah).
- Masukkan air panas dan kacau dengan hand mixer sehingga sebati. 
- Masukkan adunan dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil.
- Kukus selama 1 jam menggunakan api sederhana, kuatkan sikit lagi (maksudnya kalau api tungku anda kuat, guna sederhana je.. kalau tungku api kecil, guna api maksimum).

** PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN LOYANG YANG AGAK TINGGI. NAK GUNA LOYANG MACAM YANG ITA GUNA PUN BOLEH, YANG PENTING TINGGI.

Mee Goreng Cintan

Salam...
Minggu ni je ita masak mee 2 kali.. tapi ni buat sarapan hujung minggu je..(biasanya suami beli sebab malas nak masak..konon masa cuti untuk kita la pula..). Lepas solat subuh terus masak sebab dah lama juga tak pekena mee kerinting ni.. sesekali layan sedap juga..Mari kita semak resepi mee kering ni..

MEE GORENG CINTAN


Mee Goreng Cintan
Bahan-bahan :

A- Dikisar
1  biji Bawang Besar
5 ulas Bawang Putih
3 biji Cili Padi
3/4 cawan Ikan Bilis

B- Digoreng
Sekeping Tauhu (Digoreng dan dipotong 9)

4 keping Mee Kering Cintan
Sawi secukupnya
Taugeh secukupnya

- Goreng bahan kisar (tak perlu terlalu halus) dengan menggunakan api sederhana sehingga masak. Jangan basuh dulu blender. Tuang air sehingga separuh blender. Pastikan semua lebihan blender tadi dimasukkan sekali ke dalam air.
- Masukkan mee kering, tuang air yang telah diletakkan ke dalam blender tadi dan masukkan garam secukupnya. Gaul sebentar dan tutup dengan penutup kuali lebih kurang 2 minit. Kacau semula. Sekiranya mee dah lembut, masukkan sawi, taugeh dan tauhu, kemudian kacau rata dan tak perlu tutup semula. 
-Kacau sentiasa sehingga mendapat kelembutan mee yang dikehendaki. 

** Anda boleh menggunakan udang/ayam/daging jika suka.